JOHOR BAHRU, 30 Januari – Telah diadakan Perhimpunan Bulanan bagi bilangan 1/2020 bertempat di Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru. Majlis dimulakan dengan amanat oleh Encik Azreen bin Basir, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan diakhiri dengan sesi taklimat Nilai dan Etika Penjawat Awam yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zahid bin Hassan, Penolong Pegawai Pertanian yang merupakan ahli AKRAB Negeri Johor.







