25 Okt 2023, Jabatan Pertanian Negeri Johor menjadi urusetia Lawatan Deligasi Kerajaan Johor yang diketuai oleh YB Dato’ Zahari Sarip ke projek sawah padi di Kuala Selangor. Turut serta dalam lawatan ini ialah Pengarah DOA, MARDI, LPP, FAMA, JBioTech dan Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat, Mersing, Muar, Tangkak dan Kluang.
Peserta telah diberi taklimat oleh Pengarah IADA Barat Laut Selangor berkaitan pembangunan sawah padi di Kuala Selangor dan seterusnya dibawa melawat ke projek sawah padi dan sistem pengairan di Tg. Karang dan Sekinchan. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan IADA Barat Laut Selangor.

















