𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆

.

.

.

.

.

𝗞𝗢𝗡𝗩𝗘𝗡𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗥𝗘𝗔𝗧𝗜𝗙 (𝗞𝗜𝗞) 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 2025

𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 4 Jun 2025 – Konvensyen Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Pertanian Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini menghimpunkan seramai 5 kumpulan yang telah mempamerkan daya cipta, inovasi, dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam mencari solusi kepada pelbagai cabaran di tempat kerja masing-masing.

𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 telah menunjukkan komitmen tinggi dengan menghantar dua kumpulan sebagai wakil negeri, iaitu:

* 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗞 8 dari Daerah Kluang

* 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗣𝗗𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 dari Daerah Kulai

Setiap kumpulan telah diberi peluang untuk membentangkan hasil projek inovatif mereka di hadapan panel juri profesional serta hadirin yang terdiri daripada warga kementerian, wakil jabatan, dan tetamu kehormat.

𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗟𝗔𝗜 membawa tajuk “𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗹𝗼𝗻𝗶 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗛𝗶𝘃𝗲 𝗞2” yang menampilkan inovasi dalam penternakan kelulut. Melalui penggunaan 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗛𝗶𝘃𝗲 𝗞2, proses penggandaan log kelulut menjadi jauh lebih mudah dan pantas,hanya mengambil masa lima minit berbanding lebih satu jam menggunakan kaedah konvensional. Tambahan pula, kaedah ini mencapai kadar kejayaan penggandaan 100%, dan dengan adanya 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗛𝗶𝘃𝗲 𝗞2 ianya dapat memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 mempersembahkan tajuk KIK “𝗣𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗮𝘁 𝗕𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗹𝗺𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗥𝗲𝗱 𝗣𝗮𝗹𝗺 𝗪𝗲𝗲𝘃𝗶𝗹 (𝗥𝗣𝗪) 𝗧𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗺𝗮 (𝗞𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮)”. RPW Plus adalah penambahbaikan perangkap RPW yang direka bagi mengatasi masalah yang sering dihadapi seperti mudah hilang, mudah dihanyut air, penutup perangkap RPW mudah terbuka dan hilang. Perangkap RPW Plus ditambahbaik dengan pemberat dan tiang dibawahnya. RPW Plus ini juga dilengkapi dengan GPS ditector beserta solar bagi membekalkan tenaga kepada GPS. Perangkap RPW Plus berpotensi untuk digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan Kumbang Palma Merah (RPW) serta membantu dalam mendapatkan data pemantauan yang lebih menyeluruh.

Selain sesi pembentangan, konvensyen ini turut dimeriahkan dengan 𝗽𝗮𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗶𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 daripada setiap kumpulan. Pameran ini memberi ruang kepada para peserta untuk berkongsi idea dan inisiatif yang berpotensi untuk dikembangkan serta diterapkan di peringkat jabatan dan nasional.

𝗣𝗮𝗿𝗮 𝗷𝘂𝗿𝗶 𝘁𝗲𝘁𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶

1. 𝗬𝗕𝗿𝘀 𝗗𝗿. 𝗔𝘇𝗹𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗼𝗻

Setiausaha Bahagian Pengurusan

Maklumat,Kementerian Pendidikan Malaysia

(KETUA JURI)

2. 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘇𝗶 𝗕𝗶𝗻 𝗦𝘂𝗽𝗶𝗮𝗻

Pejabat Risda Negeri Sembilan

3. 𝗘𝗻.𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗮𝘇𝗿𝘆 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱

Pegawai Tadbir Pengkomersialan dan

Inovasi,Lembaga Minyak Sawit Malaysia

(MPOB)

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵

𝗬𝗕𝗛𝗚. 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗡𝗢𝗥 𝗦𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗔𝗟𝗪𝗜

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian

Konvensyen ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkukuhkan budaya inovasi dan kreativiti dalam organisasi, malah menjadi platform terbaik untuk pertukaran ilmu, memperkasa semangat kolaborasi serta mempercepatkan transformasi sektor pertanian negara melalui pendekatan pemikiran baharu.

.

.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Mohamad Sabu

Zahari Sarip.

.

.

#pertanianjohor

#mydoa

#doajohor

#majujohor

#mediadigitaljohor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *