Pesawah Terima Peralatan Pelindungan Diri

Pesawah Terima Peralatan Pelindungan Diri

LEDANG, 9 November – Seramai 20 peserta terdiri daripada peserta sawah daerah Ledang dan Muar telah mengikuti dengan jayanya Program Penyerahan Alat Pelindung Diri kepada peserta program bimbingan kesan pendedahan bahan kimia pertanian di kalangan pesawah padi. Program anjuran bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor (NIOSH) ini bertujuan untuk menyampaikan kepada pesawah mengenai pelabelan, pengendalian, penyimpanan, alat pelindung diri dan lain-lain yang berkaitan dengan bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus NIOSH Wilayah Selatan. Dalam majlis ini juga, turut diadakan penyerahan alat-alat pelindung diri bagi tujuan pemonitoran kesan pendedahan bahan kimia pertanian seperti ‘half mask respirator’, ‘N95 filter’, ‘googles’, apron dan kasut kepada 5 pesawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares