SELANGOR, 29 September – Satu program kursus Teknologi dan Penyelenggaraan Transplanter telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Pusat Pertanian Sungai Burong, Tg Karang, Selangor. Kursus diadakan bermula pada 27 hingga 29 September 2016. Kursus tersebut telah dihadiri oleh pegawai Kawasan Mukim Kundang, Tangkak serta 2 orang Pegawai dari Unit PTIF Jorak dan petani sawah Telok Rimba dan pesawah Kesang Tasek. Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan teknologi transplanter bagi tanaman padi. Taklimat telah diberikan oleh Encik Mohd Rafi dari unit Promosi Pusat Pertanaian Sg Burong. Peserta turut dibawa melawat ke tapak semaian benih padi dan turut melawat sawah yang telah menggunakan kaedah penanaman transplanter ini.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *