KULAI, 9 Oktober – Majlis Penyampaian Bantuan Program Galakan Usahawan dan Program Galakan Peningkatan Pengeluaran Pertanian (PG3P) telah dilaksanakan pada 9 oktober 2016 di Dewan PPK Cawangan Kulai. Majlis bermula seawal 9.00 pagi dimana sesi ceramah pertama disampaikan oleh Pegawai Pertanian Daerah yang bertajuk Ke Arah Usahawan IAT yang Berdaya Maju. Kemudian kursus disambung dengan ceramah ke 2 yang bertajuk Keselamatan Makanan yang disampaikan oleh Encik Amir Bin Ismail, Penolong Pegawai Kesihatan. Ceramah ke 3 pula disampaikan oleh Puan Norhumairah binti Abdullah, Pegawai Kesihatan Daerah dengan tajuk Garis Panduan Skim Persijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Skim Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi mengantikan Skim Keselamatan Makanan 1 Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI merupakan penambahbaikan daripada SK1M bagi memudahkan premis makanan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukan di bawah Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009. Di Samping itu, pensijilan MeSTI merupakan platform kepada premis makanan ke arah pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP). Melalui pensijilan MeSTI, premis makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan.

Di akhir program telah disampaikan sijil kepada penerima-penerima bantuan di bawah program PGU seramai 22 pemohon, dimana penerima menerima bantuan peralatan IKS untuk membantu meningkatkan pengeluaran makanan. Manakala penerima sijil di bawah Program Galakan Peningkatan Pengeluaran Pertanian (PG3P) bagi mukim Kulai-Bukit Batu seramai 39 penerima, antara input yang diterima ialah Baja Organik, Racun dan Baja Kimia. Bagi Penerima sijil Bantuan Program Pertanian Bandar pula seramai 13 peserta meliputi Kategori Individu, Institusi dan Kelompok. Sijil disampaikan oleh wakil Pengarah Pertanian Iaitu Encik Mohamad Mustapid bin Muhamad, Pegawai Teknologi Makanan, Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *