TANGKAK, 6 Oktober – Satu program lawatan seramai empat orang ahli syarikat termasuk Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Syarikat Rimbunan Hijau Berhad telah melawat ke projek tanaman kelapa Matag di daerah Tangkak dalam Mukim Kesang. Lawatan tersebut diiringi oleh Timbalan Pengarah PTIF, Tuan Haji Mohamed Redza bin Baba. Tujuan lawatan tersebut untuk melihat pengurusan projek kelapa Matag yang terdapat di daerah Tangkak dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Lawatan tersebut telah dibawa oleh Encik Faizul Nahar bin Shair selaku Agen Pengembangan Kawasan Mukim Kesang / Serom ke ladang tanaman kelapa matag Encik Arshad bin Siron.

Loading

One thought on “Projek Tanaman Kelapa Matag Daerah Tangkak”
  1. Salam. Bagaimana untuk saya dapatkan benih asli matag f1 untuk tujuan tanaman di kebun sendiri. Boleh membeli terus ke Pejabat pertanian atau perlu memohon?

    Sekian terima kasih

Leave a Reply to Hidayat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *