KOTA TINGGI, 16 November 2026 – Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Encik Mohd Hafizh bin Hussain telah mengadakan lawatan pengembangan pertanian ke beberapa projek pertanian di sekitar Mukim Pengerang dan Pantai Timur bagi memantau perkembangan serta menilai prestasi projek yang diusahakan oleh pengusaha tempatan.

Antara projek pertanian yang dilawati termasuk projek tanaman durian, tanaman kelapa, ternakan kelulut dan tanaman markisa.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Puan Noorfarahin binti Sahari, Ketua Bahagian Pembangunan serta Encik Zunnurain bin Kassim, APT Mukim Pengerang dan Pantai Timur.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan projek, menilai prestasi tanaman dan aktiviti pertanian serta mengenal pasti keperluan dan isu yang dihadapi oleh para pengusaha. Melalui pemantauan dan khidmat pengembangan secara berterusan, tindakan susulan dapat dikenal pasti bagi membantu memastikan kelancaran pelaksanaan projek serta meningkatkan potensi pengeluaran pertanian.

Usaha ini mencerminkan komitmen Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dalam memperkukuh pembangunan sektor pertanian di peringkat daerah melalui pemantauan lapangan dan sokongan berterusan kepada pengusaha.

Pertanian Mampan, Pengeluaran Terjamin.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *