Batu Pahat, 17 September 2026 (Khamis) – Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah melaksanakan urusan penerimaan Insentif Program Pemerkasaan Agromakanan Negara, Jabatan Pertanian Negeri Johor kepada usahawantani, Puan Junaida binti Ta’at, yang mengusahakan perusahaan bakeri di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Pemberian insentif ini merupakan antara usaha Jabatan Pertanian Negeri Johor dalam menyokong dan memperkasa usahawantani tempatan, khususnya dalam meningkatkan kapasiti perusahaan serta mengembangkan aktiviti pengeluaran produk berasaskan agromakanan.

Sokongan melalui program ini diharap dapat membantu usahawantani memperkukuh operasi perusahaan, meningkatkan keupayaan pengeluaran serta menambah baik kualiti dan nilai tambah produk bagi memenuhi keperluan pasaran.

Urusan penerimaan insentif tersebut telah diselaraskan oleh Puan Harziana binti Md Kharamani, Penolong Pegawai Pertanian G6 merangkap Penyelaras IAT Daerah Batu Pahat, dengan penglibatan Puan Zetti Azni binti Ayub, APIAT Batu Pahat.

Diharapkan insentif yang diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh dan mengembangkan perusahaan bakeri yang diusahakan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan usahawantani serta pertumbuhan sektor agromakanan di daerah Batu Pahat.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *