Peluang kepada Pengusaha dan Komuniti Pertanian

PONTIAN | 17 September 2026

Jabatan Pertanian Negeri Johor (JPNJ) membuka permohonan Insentif Projek Pembangunan Pertanian Negeri Johor Tahun 2027 kepada pengusaha dan komuniti yang berminat untuk mengembangkan aktiviti pertanian serta meningkatkan potensi sektor agro.

Antara projek pembangunan yang ditawarkan merangkumi pelbagai bidang pertanian, antaranya:

  1. Pembangunan Industri Tanaman Buah-buahan.
  2. Pembangunan Tanaman Sayur-sayuran.
  3. Pembangunan Industri Madu.
  4. Pembangunan Tanaman Herba.
  5. Pembangunan Industri Asas Tani.
  6. Pembangunan Industri Tanaman Kelapa.
  7. Pembangunan Mekanisasi Pertanian.
  8. Pembangunan Komuniti Pertanian.

Pelaksanaan insentif ini membuka ruang kepada golongan sasar untuk mendapatkan sokongan dalam membangunkan projek pertanian mengikut bidang dan keperluan yang ditetapkan.

Berminat untuk Memohon?

Orang ramai yang berminat dipelawa untuk menghubungi Pejabat Pertanian Daerah Pontian bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan, jenis projek yang ditawarkan serta tatacara permohonan.

Pejabat Pertanian Daerah Pontian

Telefon: 07-687 1249

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan meneroka potensi pembangunan projek pertanian bagi tahun 2027.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *