PONTIAN – Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah mengadakan lawatan khidmat nasihat kepada pengusaha tanaman, Puan Maihira binti Ismail di Batu Hampar, yang mengusahakan tanaman timun dan peria.

Lawatan tersebut melibatkan Haji Razali bin Marsom daripada Bahagian Operasi serta Mohamad Shafiq bin Md Mashuri, Agen Pengembangan Tanaman bagi Mukim Ayer Baloi dan Api-Api.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan pertanian Jabatan Pertanian dalam mendekati pengusaha serta menyediakan khidmat nasihat berkaitan aktiviti tanaman yang diusahakan.

Pendekatan turun padang ini turut memberi ruang kepada pihak Jabatan Pertanian untuk berinteraksi secara langsung dengan pengusaha, di samping mengenal pasti keperluan dan sokongan yang bersesuaian bagi membantu perkembangan aktiviti pertanian mereka.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Jabatan Pertanian dalam memperkukuh khidmat pengembangan serta menyokong kemajuan sektor pertanian di Daerah Pontian.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *