PONTIAN – Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah melaksanakan lawatan khidmat nasihat kepada seorang pengusaha tanaman, Encik Mohd Faiz bin Mohd Razali di Kampung Jawa Ulu, yang mengusahakan tanaman timun dan peria.

Lawatan tersebut melibatkan Haji Razali bin Marsom daripada Bahagian Operasi serta Mohamad Shafiq bin Md Mashuri, Agen Pengembangan Tanaman bagi Mukim Ayer Baloi dan Api-Api.

Lawatan khidmat nasihat ini merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan pertanian Jabatan Pertanian dalam mendekati pengusaha serta memberikan bimbingan berkaitan aktiviti tanaman yang diusahakan.

Melalui pendekatan turun padang, Jabatan Pertanian dapat menjalinkan hubungan lebih erat dengan pengusaha di samping mengenal pasti keperluan mereka bagi menyokong kelancaran dan perkembangan aktiviti pertanian.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Jabatan Pertanian dalam memperkukuh khidmat pengembangan serta menyokong pembangunan sektor pertanian di Daerah Pontian.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *