PONTIAN – Pejabat Pertanian Daerah Pontian meneruskan usaha memperkukuh khidmat pengembangan pertanian melalui lawatan khidmat nasihat kepada pengusaha tanaman labu manis di Ulu Ayer Baloi, Pontian.
Lawatan tersebut melibatkan pengusaha, Encik Yap Ming You, dengan khidmat nasihat disampaikan oleh Encik Mohamad Shafik bin Md Mashuri, Agen Pengembangan Tanaman bagi Mukim Ayer Baloi dan Api-Api.
Lawatan khidmat nasihat ini merupakan antara pendekatan pengembangan pertanian bagi mendekati pengusaha, mengenal pasti keperluan di lapangan serta menyampaikan maklumat dan panduan teknikal berkaitan pengurusan tanaman yang bersesuaian.
Usaha berterusan ini diharap dapat membantu pengusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan tanaman labu manis, di samping menyokong pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan mampan.
Jabatan Pertanian Negeri Johor komited untuk terus memperkukuh perkhidmatan pengembangan dan khidmat nasihat kepada pengusaha bagi menyokong kemajuan sektor pertanian serta meningkatkan daya saing pengeluaran makanan negeri Johor.


![]()
