
PONTIAN – Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah mengadakan lawatan khidmat nasihat kepada pengusaha ternakan kelulut, Encik Ang Soon Sin di Kampung Api-Api sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh khidmat pengembangan pertanian kepada pengusaha tempatan.
Lawatan tersebut melibatkan Haji Razali bin Marsom daripada Bahagian Operasi serta Mohamad Shafiq bin Md Mashuri, Agen Pengembangan Tanaman bagi Mukim Ayer Baloi dan Api-Api.
Lawatan ini bertujuan mendekati pengusaha secara langsung serta menyediakan khidmat nasihat berkaitan aktiviti perusahaan yang dijalankan. Pendekatan turun padang ini turut membuka ruang kepada pihak Jabatan Pertanian untuk memahami keperluan pengusaha dan mengenal pasti sokongan yang bersesuaian bagi membantu perkembangan projek ternakan kelulut.
Komitmen berterusan melalui khidmat pengembangan ini diharap dapat memperkukuh hubungan antara Jabatan Pertanian dengan pengusaha, sekali gus menyokong pembangunan aktiviti pertanian dan perusahaan berasaskan agromakanan di Daerah Pontian.



![]()
