Pejabat Pertanian Daerah Pontian — Pejabat Pertanian Daerah Pontian baru-baru ini telah menganjurkan Taklimat Zakat Pendapatan Tahun 2026 khusus bagi warga kerjanya.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, penerangan, serta kefahaman yang lebih jelas kepada kakitangan berhubung kaedah pengiraan zakat pendapatan yang tepat, di samping mempermudah urusan pelaksanaan potongan zakat secara bulanan melalui sistem gaji.
Sesi taklimat penting ini telah disampaikan oleh Haji Mohd Rafi bin A. Latif, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dari Bahagian Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Menerusi penganjuran taklimat ini, pihak Pejabat Pertanian Daerah Pontian berharap warga kerjanya dapat menunaikan kewajipan berzakat dengan lebih yakin dan teratur, selari dengan usaha memperkukuh integriti serta nilai murni dalam kalangan penjawat awam.



![]()
