8 JULAI 2026 — Pejabat Pertanian telah menganjurkan Kursus Kotej Halal dan Prosedur Permohonan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi), Taman Rengit Indah, Rengit. Program yang dihadiri seramai 15 orang peserta ini bertujuan mendedahkan para pengusaha industri asas tani kepada langkah-langkah serta syarat permohonan pensijilan Halal secara bersistem dan betul.

Sesi pembelajaran ini telah disampaikan oleh dua pakar bertauliah dari industri:

  1. ChM Erna Hany Musa (Pengurus Besar JTLab / Pembimbing Halal)
  2. Puan Siti Norazelah Hamdon (Sains Mikrobiologi Kanan / Pembimbing Halal)

Turut mengiringi dan menjayakan program ini ialah:

  • Encik Mohd Azka bin Jamin (Penolong Pegawai Pertanian Pengembangan G6)
  • Puan Khairunnisa binti Abdul Zubir (Penolong Pegawai Pertanian G5)
  • Puan Nur Liya binti Idros (APIAT Rengit Parit Raja)
  • Puan Zetti Azni binti Ayob (APIAT Peserai Yong Peng)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen serta penyertaan aktif sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu dan bimbingan yang diperoleh dapat membantu melancarkan proses permohonan pensijilan Halal, sekali gus meningkatkan pasaran dan keyakinan pengguna terhadap produk keluaran tempatan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *