πŸ• π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘π“π€ππˆπ€π πŠπ„ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ

Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Johor telah mengadakan lawatan ke Projek Pertanian Daerah Kota Tinggi. Projek Tanaman Orkid ini diusahakan oleh Syarikat Hock Wee Nurseries Sdn Bhd.

Turut hadir sama :

1. YB Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan – Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech

2. En Mohd Hafizh bin Hussain – Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi

3. En Saifulizan bin Mustaffa – Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian Negeri Johor

Serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan projek, menilai amalan pengurusan tanaman serta mendapatkan maklum balas daripada pengusaha berhubung cabaran dan potensi pembangunan industri orkid. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform bagi penyampaian khidmat nasihat teknikal serta perbincangan mengenai langkah-langkah penambahbaikan ke arah meningkatkan produktiviti, kualiti hasil dan daya saing pasaran.

Melalui lawatan seperti ini, Jabatan Pertanian Negeri Johor komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama dengan pengusaha, di samping memastikan pembangunan sektor florikultur negeri kekal mampan, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi agromakanan Johor. Pendekatan lawatan pemantauan dan khidmat nasihat teknikal ini selaras dengan amalan Jabatan Pertanian dalam menilai kemajuan projek serta menyokong pembangunan usahawan pertanian.

#JabatanPertanianJohor#PertanianJohor#Florikultur#Orkid#Agromakanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *