11 OKTOBER 2026 – Temasya Sukan MADANI KPKM 2026 (SMK26) melabuhkan tirainya dengan penuh meriah menerusi Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob pada jam 2.30 petang, sekali gus menandakan berakhirnya temasya sukan yang menghimpunkan 14 pasukan daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Penganjuran SMK26 bukan sekadar menjadi medan persaingan untuk merebut kemenangan, malah berperanan sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta memperkukuh hubungan kerjasama dalam kalangan warga KPKM.
Temasya ini turut menyemarakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat, di samping menerapkan nilai disiplin, komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian serta mempamerkan semangat kesukanan sepanjang temasya berlangsung. Penglibatan dan komitmen setiap pasukan mencerminkan semangat perpaduan serta kebersamaan yang menjadi asas kepada pembentukan warga kerja yang harmoni dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan SMK26, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kerjasama dan sokongan yang diberikan telah menyumbang kepada kelancaran penganjuran serta mewujudkan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta.
Semoga semangat ukhuwah, perpaduan dan kebersamaan yang terjalin menerusi SMK26 terus diperkukuh dalam pelaksanaan tugas serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
SMK26 — Bersukan, Bersatu, Berprestasi!
Warga KPKM dijadualkan bertemu kembali pada tahun 2028 bagi meneruskan tradisi kesukanan dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan jabatan dan agensi di bawah kementerian.


![]()
