π πππππ ππππ | πππππππ πππππ ππππππππ πππππππππ ππ ππππππ πππππππππ ππππππ ππππ ππππππ
Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Johor telah mengadakan lawatan ke Projek Pertanian Daerah Kota Tinggi. Projek Tanaman Durian ini diusahakan oleh YB Datoβ Haji A Rahim bin Nin, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor.
Turut hadir sama :
1. YB Datoβ Haji Ashari bin Haji Kasnan – Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech
2. En Mohd Hafiz bin Ramly – Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan)
3. En Mohd Hafizh bin Hussain – Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi
4. Pn Nur Aizat binti Abd Razak – Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru
5. En Saifulizan bin Mustaffa – Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian Negeri Johor
Serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran semasa mengenai prestasi projek, meneliti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha serta membincangkan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran durian di negeri Johor.
Sepanjang lawatan, Pengarah Pertanian Johor turut berkesempatan berinteraksi dengan YB Datoβ bagi mendengar pandangan serta berkongsi cadangan ke arah memperkukuh pembangunan industri durian melalui penerapan teknologi dan amalan pertanian yang baik (myGAP).
Jabatan Pertanian Negeri Johor sentiasa komited dalam memperkasakan sektor agromakanan melalui penyampaian perkhidmatan teknikal, khidmat nasihat dan pemantauan berterusan bagi memastikan pembangunan industri tanaman buah-buahan, khususnya durian, terus berdaya maju, mampan dan berdaya saing.
βPertanian Maju, Johor Makmur.β
#JabatanPertanianJohor#JPNJohor#Agromakanan#DurianJohor#myGAP#PertanianMampan




















