𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ

.

.

.

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π——π—”π—šπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—žπ—’π—¦ 𝗦𝗔π—₯𝗔 π—›π—œπ——π—¨π—£ (π—žπ—£π——π—‘) π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ π—žπ—˜ π—§π—žπ—£π—  π—¨π—Ÿπ—¨ π—§π—œπ—₯𝗔𝗠

.

.

Satu lawatan rasmi oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor telah diadakan ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ulu Tiram bagi meninjau aktiviti pengeluaran hasil pertanian di kawasan tersebut.

.

.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan rantaian bekalan makanan, mengukuhkan kerjasama antara agensi dalam usaha menangani isu kos sara hidup serta mengenal pasti peluang kolaborasi strategik antara pihak KPDN dan sektor pertanian.

.

.

Delegasi lawatan terdiri daripada:

1. Puan Lilis Saslinda Binti Pornomo, Pengarah KPDN Negeri Johor

2. Tuan Mohd Fuzi Hadi Bin Abd Latif,

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri

3. Tuan Azaruddin Bin Hajumat,

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kota Tinggi

.

.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Encik Mohd Hafizh Hussain , Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi yang turut menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan serta aktiviti pengeluaran pertanian di TKPM Ulu Tiram.

.

.

Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi serta menyokong usaha memastikan bekalan makanan yang stabil dan berterusan kepada pengguna.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

KPDN Laman Rasmi

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *