𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
𝑳𝑨𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑻𝑨𝑵𝑰𝑨𝑵 𝑨𝑷𝑻 𝑴𝑼𝑲𝑰𝑴 𝑲𝑶𝑻𝑨 𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑰
.
.
3 April 2026 | Ladang Foh Chong Mukim Kota Tinggi
.
.
Lawatan pengembangan telah dijalankan oleh APT Mukim Kota Tinggi ke Ladang Foh Chong milik Puan Chai Kim Moi yang terletak di Mukim Kota Tinggi.
.
.
Ladang ini mengusahakan tanaman durian varieti D200 (Duri Hitam) dan D197 (Musang King) dengan keluasan fizikal sekitar 16 hektar.
.
.
Semasa lawatan, pegawai telah meninjau keadaan tanaman serta memberikan khidmat nasihat berkaitan pengurusan ladang, pembajaan dan kawalan penyakit bagi memastikan pertumbuhan pokok yang sihat dan meningkatkan hasil pengeluaran durian.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





