Kota Iskandar – 11/2/2026 (Rabu) – Sesi Taklimat Mengenai Aduan Penipuan Pendaftaran GeoAgro KPKM serta Lawatan Verifikasi bersama bagi data pendaftaran BUDI Agri-Komoditi di daerah-daerah Negeri Johor.

Sesi taklimat dan lawatan verifikasi ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan isu aduan penipuan pendaftaran GeoAgro, di samping memastikan kesahihan data pendaftaran, memperkukuh pemantauan di lapangan serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan inisiatif BUDI Agri-Komoditi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pegawai yang hadir bersama sesi lawatan tersebut, iaitu:

– Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh – Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi)

– Encik Shahril Faizal Bin Abdul Jani – Setiausaha Bahagian (DPS) KPKM

– Encik Ahairul Afza Bin Abdul Wahab – Ketua Penolong Setiausaha (DPS) KPKM

– Encik Muhamed Bin Mat Yaakob – Timbalan Setiausaha Bahagian (DPS) KPKM

Semoga usaha ini dapat membantu memperkukuh integriti sistem pendaftaran, seterusnya menjamin ketelusan serta keberkesanan kepada para penggiat sektor pertanian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *