KOTA ISKANDAR, 6 Februari 2026 – SESI ‘CLOCK-OUT’ PUAN NORAINI BINTI TAHIR DAN PUAN SITI NABILAH BINTI MOHAMED GHAZALI DI JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR
Sesi ‘clock-out’ bagi Puan Noraini binti Tahir, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N2 dan Puan Siti Nabilah binti Mohamed Ghazali, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Puan Noraini akan bertukar ke Jabatan Kerja Raya Daerah Mersing manakala Puan Siti Nabilah akan bertukar ke Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor masing-masing berkuatkuasa mulai 3 Februari 2026.
Hadir bersama Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh; Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Puan Azlina binti Ahmad Tarmizi; dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Roswati bin Shalan serta warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengiringi Puan Noraini dan Puan Siti Nabilah di sesi ‘clock-out’ ini.
Serba sedikit mengenai perkhidmatan Puan Noraini di jabatan ini, beliau mula berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor pada 15 Jun 2022 dan telah menjadi Ketua Seksyen Perkhidmatan.
Sepanjang berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor selama 3 tahun 7 bulan, beliau telah menabur bakti dengan penuh berkaliber dan berwibawa dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Bagi Puan Siti Nabilah pula, beliau telah berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor pada 10 November 2025 dan ditempatkan di Seksyen Perkhidmatan. Walaupun baru sahaja berkhidmat selama 82 hari di jabatan ini, beliau telah menyumbang jasa dan khidmat dengan penuh keupayaan dan kecekapan serta melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang dalam melaksanakan tugas
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Puan Noraini dan juga Puan Siti Nabilah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah S.W.T.
Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.
Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
Budi puan kami tak lupa.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.
Santap sarapan di atas meja,
Santapan bersama dengan sahabat,
Bertahun kita bersama kerja,
Hari ini kita berpisah tempat.
Selamat maju jaya diucapkan.






