PEJABAT PERTANIAN DAERAH KOTA TINGGI

.

.

.

.

📍 PENILAIAN PENARAFAN BINTANG (STAR RATING) PROJEK TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) TAHUN 2025

🗓️ 22 Julai 2025 | 📌 TKPM Ulu Tiram, Kota Tinggi, Johor

Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) bagi Projek TKPM Ulu Tiram telah diadakan pada 22 Julai 2025, melibatkan kehadiran pegawai penilai dari Jabatan Pertanian Malaysia Putrajaya. Penilaian ini bertujuan menilai prestasi keseluruhan pengurusan, pencapaian hasil, serta pematuhan kepada amalan pertanian baik (MyGAP) bagi menjamin kelestarian dan keberkesanan operasi TKPM.

🔍 Pegawai Penilai:

1. Puan Nur Dalinna Binti Ibrahim

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik

2. Encik Ahmad Nazri Bin Abdullah

Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah

3. Puan Noor Aidalina Binti Mohd Kamal

Penolong Pegawai Pertanian, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan

👩‍🌾 Peserta TKPM Ulu Tiram:

Hiwood Realty Sdn Bhd

Jotani Hijau Sdn Bhd

Marlia Binti Hashim

🤝 Turut serta memberikan sokongan:

Encik Mohd Hafizh Bin Hussain

Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi

Encik Mohamad Azizul Bin Ngaliman

Desk Officer TKPM

Encik Mohd Zaki Bin Md Said

Penyelia TKPM

Encik Mohd Hasif Bin Hairi & Encik Shahfiz Bin Azman

Wakil Jabatan Pertanian Negeri Johor

Program penilaian ini merupakan inisiatif berterusan Jabatan Pertanian Malaysia bagi meningkatkan tadbir urus TKPM, memperkukuh daya saing sektor pertanian dan memberi pengiktirafan kepada pengusaha tani yang berprestasi cemerlang.

✨ Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang proses penilaian dijalankan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Mohd Hafizh Hussain

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *