PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT

9.7.2025 SELASA

LAWATAN PEMERIKSAAN myGAP

Usahawantani :

Mohd Daud bin Kuduk

Jenis Projek / Tanaman :

Fertigasi Cili 850 Polibeg

Lokasi :

Kg Parit Guntong, Bagan

Auditor :

En. Saiful bin Sabri

Penolong Pegawai Pertanian G 5

Bahagian Pengurusan Sumber Ayer Hitam

Pegawai Terlibat :

APT Mohd Faiz bin Roslee

Mukim Bagan / Lubok

Tujuan :

Pemeriksaan tapak myGAP dijalankan untuk menilai samada pengusaha pertanian mematuhi piawaian Amalan Pertanian Baik ( myGAP) yang ditetapkan.

Pemeriksaan tapak ini dijalankan oleh Unit Bahagian Pengurusan Sumber Tanah. Sekiranya pemeriksaan tapak lulus, pegawai pembimbing boleh menjalankan audit dalam dan mengambil sampel hasil untuk tujuan Analisis Maximum Residue Level ( MRL), Logam Berat dan Mikrob.

Sekiranya pemeriksaan tapak gagal, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah akan mengemukakan laporan ketidakakuran dan tindakan pembetulan kepada pengusaha. Pengusaha perlu melakukan tindakan pembetulan mengikut tempoh yang diberikan dan pegawai pembimbing perlu membuat bimbingan bagi membantu pengusaha memenuhi kriteria pemerikaaan tapak. Pemeriksaan tapak akan dilakukan semula selepas semua tindakan pembetulan dibuat.

#pertaniandaerahbatupahat

#JabatanPertanianNegeriJohor

#jabatanpertanianmalaysia

#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan

#myDOA

#MajuJohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita