MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PROJEK TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) BIL 1/2025

JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR- Telah menjadi Tuan rumah untuk berlangsungnya satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang diadakan pada 16 & 18 Julai 2025 dan bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. CHRISTOPHER JOHN BIAI, Turut hadir dalam Mesyuarat ini adalah Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Malaysia.

Pengarah Bahagian Perancangan Strategik , Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Putrajaya, Ketua Bahagian Pembangunan Indusrti Tanaman Negeri Johor mewakili Pengarah Pertanian Negeri Johor,

Pengarah Pertanian Bahagian, wakil Pengarah Pertanian Negeri termasuk Sabah dan Sarawak dan wakil Pengarah Bahagian di Putrajaya

Mesyuarat pada kali ini menfokuskan pencapaian sasaran pengeluaran dan nilai pengeluaran suku tahun pertama, membincangkan dan menyelesaikan isu masalah yang dihadapi oleh setiap TKPM.

Semua ahli Mesyuarat telah dibawa melawat Projek TKPM Lepau, Dan TKPM Sri Sembrong.

Pengerusi Mesyuarat telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada PPN, TPPP, DO TKPM Johor, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi serta team dan Batu Pahat serta team. AOD Tangkak Dan Segamat atas sokongan dan segala kemudahan yang telah disediakan sepanjang Mesyuarat berlangsung dengan jayanya.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *