PEJABAT PERTANIAN DAERAH KOTA TINGGI
𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐉𝐎𝐉) 𝐃𝐔𝐍 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐬
𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐬, 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 – 𝟏𝟗 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 — Program 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐉𝐎𝐉) 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐔𝐍 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫 telah berlangsung meriah di Bandar Mas, Kota Tinggi, menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan masyarakat setempat dalam satu usaha mendekatkan kerajaan dengan rakyat.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran, 𝐘𝐁 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐮𝐳𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐢𝐬𝐫𝐢 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, serta 𝐘𝐁 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐢𝐧 ADUN Tanjung Surat yang turun padang bertemu masyarakat dan meninjau aktiviti yang dijalankan.
Antara pengisian utama program ialah, 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 anjuran 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan sayur-sayuran pada harga lebih rendah berbanding pasaran. Program ini nyata memberi kelegaan kepada penduduk dalam menangani isu kos sara hidup.
Menambah kemeriahan, YB Puan Fauziah turut menyumbangkan buah nanas dan telur kepada para pengunjung sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada komuniti yang hadir. Sumbangan itu mendapat sambutan hangat dan disambut dengan rasa terharu oleh penduduk setempat.
Program turut menampilkan slot 𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 dengan mengetengahkan kisah kejayaan 𝐌𝐚𝐳𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡 , seorang usahawan Projek Bakery yang dibimbing oleh 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢. Usaha beliau mendapat perhatian sebagai contoh usahawan wanita yang gigih membina perniagaan dalam bidang pemprosesan makanan.
𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 turut menghantar wakil rasmi Pegawai Pertanian Daerah iaitu 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐛𝐝 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐦, serta pegawai 𝐀𝐏𝐈𝐀𝐓, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐥𝐢 yang hadir memberi sokongan dan menyampaikan maklumat berkaitan program pembangunan usahawan tani di peringkat daerah
Menurut YB Fauziah, program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, malah memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dengan masyarakat akar umbi.
“Kita mahu rakyat tahu bahawa mereka tidak diketepikan. Program seperti ini adalah bukti bahawa kerajaan sentiasa mendampingi dan menyokong mereka dalam pelbagai aspek kehidupan,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi ramah mesra bersama penduduk.
Program JOJ ini dijangka akan diteruskan di beberapa lokasi lain dalam negeri Johor sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri ke arah membina masyarakat yang sejahtera, berdaya saing dan inklusif.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









