Johor Bahru, 25 Jun 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐔𝐒𝐔𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Jabatan Pertanian Negeri Johor telah menganjurkan Program Penemusuaan Syarikat Peneraju & Pengusaha Tanaman Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025 sebagai salah satu inisiatif memperkukuh jaringan pemain industri dan pengeluar agromakanan di negeri ini.

Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato’ Zahari Sarip., Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

Objektif Program:

1. Menyediakan platform kepada pemain industri dan pengusaha tanaman bagi mewujudkan ruang serta peluang pasaran yang lebih baik melalui urusan jual beli atau contract farming.

2. Mentransformasikan para pengusaha untuk meningkatkan kualiti produk serta berusaha menepati spesifikasi dan keperluan pemain industri bagi menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

3. Mengatasi masalah pemasaran produk, lambakan hasil, dan mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah dalam rantaian pembekalan makanan.

Program ini dilaksanakan selama dua hari dengan kehadiran 100 orang peserta yang terdiri daripada Agropreneur, Pemain Industri & Pegawai-Pegawai Pertanian. Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan jaminan bekalan makanan terjamin serta mengekalkan status Johor sebagai negeri pengeluar utama tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *