𝟐𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 l 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢
𝗞𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗗𝘂𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 & 𝗜𝗸𝗼𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗲 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿
Satu Kunjungan Hormat yang diketuai oleh Encik Lim San Shien, Duta Perpaduan Johor & Ikon Bahasa Melayu Negara telah disambut oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor diiringi En Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan).
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan kerjasama strategik yang boleh diperoleh melalui program-program atau aktiviti-aktiviti dua hala antara pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Duta Perpaduan Johor khususnya dalam meningkatkan penglibatan golongan belia dalam menceburi serta merancakkan lagi sektor pertanian di Negeri Johor
Diharap apa yang diperoleh dari kunjungan hormat ini dapat direalisasikan dan mencapai hasrat kerjasama strategik yang ingin dijalinkan.
Dato’ Onn Hafiz Ghazi
Dato’ Zahari Sarip.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






