Kota Iskandar, 27 Mei 2025 | 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐄𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐊𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐎𝐃𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Taklimat ini dipengerusikan oleh En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) Jabatan Pertanian Negeri Johor. Taklimat berkaitan kajian ini disampaikan oleh Puan Rosnani binti Harun, Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

Objektif utama kajian ini adalah bagi menilai indeks tahap penggunaan teknologi pintar dalam kalangan pengusaha pertanian tempatan. Secara khususnya, kajian ini akan menjalankan pengumpulan maklumat melalui aktiviti tanda aras, sesi libat urus serta kaji selidik di lapangan. Pengumpulan data primer di lapangan adalah bagi menentukan tahap penggunaan teknologi dalam penanaman seperti pembangunan varieti, penggunaan teknologi moden dan aplikasi teknologi dalam rantaian nilai komoditi yang mengadaptasi Internet of Things (loT) dan Industrial Revolution (IR4.0).

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Mohamad Sabu

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Yosri Mohd

#MajuJohor

#doajohor

#PertanianJohor

#OurFoodOurFuture

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *