Tarikh: 21-22 Mei 2025 (Rabu-Khamis)

Tempat: Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

Telah berlangsung Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian bagi Kategori Petani yang melibatkan sebanyak 21 penyertaan inovasi.

Penilaian pemarkahan diketuai oleh Puan Julie Marzlinda binti Mohd Razaki (MARDI) dan barisan juri yang lain iaitu Puan Mahani binti Majid ( IPAH) dan Puan Nahdatul Faeizin bin Norman (MPC).

Pertandingan inovasi kategori petani biasanya dianjurkan untuk mecungkil dan mengetengahkan idea-idea kreatif petani dan usahawan untuk meningkatkan kecekapan serta keberkesanan dalam bidang pertanian. Pertandingan ini dapat memberi pengiktirafan kepada petani yang berjaya mencipta atau menyesuaikan inovasi yang menyumbang kepada peningkatan hasil, pengurangan kos, dan pemeliharaan alam sekitar. Terima kasih atas pendekatan dan penglibatan petani dan ushawan dalam menyertai pertandingan inovasi kali ini. Semoga semua yang terlibat memperoleh kejayaan.

“KREATIVITI TANPA BATAS, INOVASI TANPA HENTI”

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita