9 Ogos 2024 | Lawatan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian Malaysia ke Projek Pertanian Daerah Pontian
Lokasi pertama lawatan harini adalah di Perusahaan Kopi Tenggek Tanjung Piai. Perusahaan ini diterajui oleh Tn Hj Ghazaliey Ayiub serta keluarga. Antara produk utama yang dikeluarkan adalah Kopi Tenggek, Keropok Lekor Segar/Beku dan Lekor Chips.
Lokasi kedua adalah di Syarikat Pengeluaran Benih Sayuran Elsion Bioseed Sdn Bhd yang terletak di Kg Blokok, Sg Karang, Pontian diuruskan oleh Dr Danial. Syarikat ini berperanan untuk membuat penyelidikan dan menghasilkan benih sayuran yang berkualiti tinggi.
Jabatan Pertanian Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kopi Tenggek Tanjung Piai dan syarikat Elsion Bioseed di atas kejayaan dan telah dicapai.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan












![]()
