1 Ogos 2024
Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tn Hj Yosri Bin Mohd hari ini telah merasmikan Majlis Penutupan Program Kembara IPM Negeri Johor Tahun 2024 yang dihadiri oleh TS Rosmawati Binti Selamat, Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Malaysia dan Puan Zaiti Akmal Binti Dahlan, Pegawai Kuasa Usaha Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor. Turut hadir sama adalah pegawai dan kakitangan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor, pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor serta para peserta Program IPM Negeri Johor.
Simbolik kibaran bendera Kembara IPM 2024 dan penyerahan bendera kepada tuan Pengarah Pertanian menandakan Kembara IPM 2024 telah sampai ke destinasi penghujung. Jabatan Pertanian Negeri Johor mewakili Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.



































![]()
