Tarikh : 18 Disember 2022
Masa : 10 pagi
Tempat : Program Maju Johor Peringkat Daerah Kluang

Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor diiringi En Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Negeri Johor harini melawat booth pameran yang disediakan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kluang sempena Program Maju Johor Peringkat Daerah Kluang.

Pn Azlina Bt Md Dom, Pegawai Pertanian Daerah Kluang membawa pameran berasaskan pertanian berteknologi tinggi iaitu penggunaan drone kerja dalam sektor pertanian. Selain itu, turut dipamerkan tanaman utama di Daerah Kluang iaitu sayuran buahan, pertanian bandar, tanaman padi, dan sebagainya.

Jabatan Pertanian Negeri Johor mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua warga yang bertungkus lumus menjayakan pameran ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *