𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
.
𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐂𝐔𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓
.
Pengurusan stor yang teratur penting bagi memastikan amalan pertanian selamat, cekap dan lestari.
.
𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐣𝐚 serta 𝐫𝐚𝐜𝐮𝐧 di tempat khas yang berkunci, kering, mempunyai pengudaraan baik dan diasingkan bagi mengelakkan pencemaran silang.
.
𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐛𝐞𝐥 𝐚𝐬𝐚𝐥 sentiasa kekal pada setiap bekas serta jauhkan daripada sumber air.
.
Amalkan konsep 𝐅𝐈𝐅𝐎 (𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝑰𝒏, 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝑶𝒖𝒕), iaitu stok yang diterima terlebih dahulu hendaklah digunakan terlebih dahulu sebelum stok baharu.
.
Kaedah ini membantu mengurangkan pembaziran, mengekalkan kualiti produk, meningkatkan kecekapan pengurusan inventori dan menyokong amalan pertanian mampan demi keselamatan semua.
.
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja Negeri Johor
.
![]()
