21 Mac 2021 | Ahad
Berlangsung Pertandingan inovasi Kategori Pegawai Bagi Tahun 2021 Jabatan Pertanian Negeri Johor di Bilik Seminar Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Sebanyak kira-kira 20 jenis cetusan Inovasi Kategori Teknikal dan Pengurusan telah dipersembahkan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat-pejabat Pertanian Daerah dan Bahagian Teknikal untuk dinilai pada kali ini.
Pertandingan ini telah diadili oleh Panel-panel Juri Khas yang dijemput dari agensi-agensi berkaitan. Pemenang yang terpilih pada peringkat negeri akan dibawa untuk mewakili Jabatan Pertanian Johor untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.






















