15 β 16 JULAI 2026, FOUR POINTS HOTEL SERI ALAM β Jabatan Pertanian Negeri Johor telah berjaya menganjurkan Permukiman Strategik Pemerkasaan Hala Tuju Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Johor 2026. Program berimpak tinggi ini menghimpunkan para peserta TKPM dari seluruh Negeri Johor sebagai platform strategik untuk memperkukuh pembangunan sektor agromakanan melalui perkongsian ilmu, pemindahan teknologi, serta percambahan idea antara pegawai jabatan, usahawan tani, dan rakan strategik industri.
Hari Pertama: Integriti, Inovasi Bio-Organik, dan Teknologi Pintar
Program dimulakan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk “Komitmen Berintegriti: Memantapkan Prestasi dan Akur Janji TKPM” yang disampaikan oleh Encik Rosdin bin Kimin, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Negeri Johor. Pembentangan ini menekankan pemantapan tadbir urus, pematuhan syarat perjanjian, serta komitmen peserta dalam memastikan pembangunan ladang yang lebih tersusun, berintegriti, dan mampan.
Pengisian diteruskan dengan sesi teknikal daripada rakan industri:
- All Cosmos Industries Sdn. Bhd. β βSentuhan Bio-Organik: Rahsia Melonjakkan Hasil Pertanian Premiumβ
- JP Global Engineering (JPioT) β βPantau di Hujung Jari: Meningkatkan Kecekapan Operasi Ladang TKPM Melalui Sistem Pintarβ yang memperkenalkan pengurusan ladang berasaskan teknologi IoT.
Pada sebelah malam, peserta terbabit dalam Sesi Interaktif “Masa Hadapan TKPM dari Inspirasi Anda”. Sesi perbincangan lima kumpulan ini difasilitasi oleh Encik Mohd Faizal bin Saidi, Encik Mohd Hafiz bin Hussain, Puan Hajah Mufida binti Mohamad, Encik Zamry bin Aya, dan Encik Azizul Hafiz bin Azizan. Fokus perbincangan merangkumi pemantapan tadbir urus, peningkatan produktiviti, akses pasaran, nilai tambah, transformasi pertanian moden, serta kelestarian alam sekitar.
Hari Kedua: Pembentangan Dapatan dan Tanaman Bernilai Tinggi
Hari kedua menyaksikan pembentangan hasil dapatan kumpulan yang mengemukakan pelbagai cadangan penambahbaikan untuk pembangunan TKPM Johor. Program dilengkapkan dengan perkongsian bertajuk “Dari Benih ke Kekayaan: Navigasi Tanaman Pulangan Tinggi” oleh Hajah Farhana Hafizah binti Hamdan Mustafa (Kuasa Usaha Unit Pembangunan Industri Tanaman, Ayer Hitam), yang mengetengahkan potensi tanaman ber-impak tinggi sebagai pemangkin pendapatan usahawan tani.
Komitmen Berterusan Pembangunan TKPM
Penganjuran permukiman strategik ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Pertanian Negeri Johor dalam membina ekosistem TKPM yang mampan, inklusif, dan berorientasikan teknologi moden. Segala ilmu dan hasil perbincangan diharapkan dapat menterjemahkan tindakan nyata ke arah meningkatkan daya saing serta mengukuhkan keterjaminan makanan di Negeri Johor.
“TKPM Menunjang Sekuriti Agromakanan Negeri Johor.”






![]()
