9 Jun 2020 (Selasa)

Bilik Mesyuarat Camellia
Jabatan Pertanian Johor
Kota Iskandar

Buat pertama kalinya semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat diarahkan oleh Kerajaan, Jabatan Pertanian Negeri Johor mengadakan Perhimpunan Pagi (Secara Maya) menerusi laman “Facebook” Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Ucapan dari Pengarah Pertanian Negeri Johor, YBhg Tuan Azreen Bin Basir memperingatkan seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor supaya isu-isu berkaitan pertanian hendaklah diuruskan dengan baik dan sempurna agar tiada sebarang aduan timbul dimasa-masa akan datang.

Beliau juga memperingatkan seluruh warga kerja agar tidak mudah melatah dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih melalui media-media sosial seperti penggunaan aplikasi “Whatapps” dan “Facebook”. Ini juga termasuklah hal-hal berkaitan dengan pertanian khususnya di Negeri Johor serta apa-apa jua berita palsu yang diterima pada masa kini.

Perhimpunan pagi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pertanian di Ibu Pejabat serta pegawai-pegawai pertanian dari seluruh daerah di Negeri Johor. Bagi warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor yang lain, lintas langsung perhimpunan pagi ini di buat secara maya menerusi laman “Facebook” Jabatan Pertanian Negeri Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *