MUAR, 16 Jun – Satu lawatan tapak yang bertempat di No 16 Kg Sungai Gersik Jalan Air Panas telah dijalankan oleh Pegawai-pegawai pertanian dari Pertanian Daerah Muar. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memastikan keadaan persekitaran bagi kerja-kerja membina penambahan bengkel IAT oleh pengusaha. Pengusaha tersebut adalah En Azmi B. Mohd Jidi. Beliau adalah seorang pengusaha IAT yang mengusahakan Kerepek, Kuih Bahulu Dan Kek.



