𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 MUAR
.
.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 & 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝟔 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐮𝐧𝐰𝐚𝐲 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐁𝐢𝐠𝐁𝐨𝐱, 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢
Suasana penuh penghargaan dan rasa syukur mewarnai Majlis Sanjungan Budi Tahun 2026 yang diadakan bagi meraikan serta menghargai jasa dan pengorbanan warga kerja yang telah memberikan komitmen cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohamed Ridha bin Dato’ Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Majlis turut meraikan para pesara Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi tahun 2025 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Encik Mohd Suffian Aizzudin bin Md Salleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), serta Encik Muhammad Faizal bin Saidi, Pegawai Pertanian Daerah Muar.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengenang jasa dan bakti, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja. Diharapkan segala pengalaman dan dedikasi yang telah ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga organisasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Muhammad Fahmirudin bin Isham dan Cik Nurul Amalina binti Rasid dari Pejabat Pertanian Daerah Muar, atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti dan komitmen yang telah dicurahkan. Semoga segala usaha yang dilakukan menjadi inspirasi kepada semua dan terus dikurniakan kejayaan pada masa hadapan.
“Jasa dikenang, budi disanjung, kenangan terpahat sepanjang hayat.”
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






![]()
