Pejabat Pertanian Daerah Muar — Pejabat Pertanian Daerah Muar baru-baru ini telah menerima kunjungan daripada wakil Bahagian DUN Bukit Pasir sebagai medium memperkukuh jalinan kerjasama serta hubungan strategik dalam aspek penyampaian perkhidmatan dan pembangunan sektor pertanian di kawasan tersebut.

Satu taklimat khas berkaitan perancangan insentif bagi tahun 2027 telah diadakan, dipengerusikan oleh En. Muhammad Faizal bin Saidi, Pegawai Pertanian Daerah Muar. Turut sama menghadiri sesi perbincangan ini ialah En. Rosli bin Ali, Ketua Bahagian Operasi Daerah Muar, bersama barisan warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Muar.

Menerusi pertemuan ini, diharapkan agar sinergi dan kerjasama erat antara pimpinan tempatan dan agensi kerajaan dapat terus diperkasakan, sekali gus memastikan limpahan manfaatnya dapat dinikmati secara langsung oleh komuniti tani, golongan petani, serta usahawan pertanian setempat.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *