Berteraskan tema “𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 𝙈𝙖𝙟𝙪, 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙎𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖”, Belanjawan Johor 2027 turut menggariskan pelbagai inisiatif di bawah 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝟐: 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri.
Antara inisiatif yang diberi perhatian ialah enam (6) TEKAD yang berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian dan agromakanan, khususnya dalam memperkukuh agenda keterjaminan bekalan makanan di negeri Johor.
Enam (6) TEKAD tersebut melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak 𝐑𝐌𝟏𝟏 𝐣𝐮𝐭𝐚 merangkumi usaha meningkatkan produktiviti pertanian, memperluas penggunaan teknologi moden serta memperkasakan petani dan usahawan tani di negeri Johor.
Antara enam (6) TEKAD berkenaan adalah seperti berikut:
𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝟐𝟒 – Pembangunan Industri Sawah Padi Luar Jelapang (𝐑𝐌𝟑 𝐣𝐮𝐭𝐚)
Memperkasa 987 pesawah melalui bantuan jentera pertanian, naik taraf pengurusan air, penyediaan tapak semaian dan pemulihan tanah bagi meningkatkan hasil padi serta pendapatan pesawah.

𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝟐𝟓 – Pemerkasaan Industri Tanaman Agromakanan (𝐑𝐌𝟑 𝐣𝐮𝐭𝐚)
Menyediakan insentif kepada usahawan tani dengan penglibatan kawasan tanaman agromakanan seluas 300 hektar bagi meningkatkan produktiviti, pengeluaran dan pendapatan.

𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝟐𝟔 – Program Memperkasa Pertanian Pintar (𝐑𝐌𝟐.𝟓 𝐣𝐮𝐭𝐚)
Menaik taraf infrastruktur di sembilan (9) Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), memperluas penggunaan teknologi pertanian pintar serta melatih 5,000 usahawan tani melalui lebih 250 kursus.

𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝟐𝟕 – Program Johor Future Agropreneur (𝐑𝐌𝟏 𝐣𝐮𝐭𝐚)
Memperkasa 70 belia tani dalam mengusahakan kawasan pertanian seluas 140 hektar bagi menggalakkan penyertaan generasi muda dalam sektor agromakanan Johor.

𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝟐𝟖 – Program Pembangunan Industri Asas Tani Johor (𝐑𝐌𝟏 𝐣𝐮𝐭𝐚)
Memperkasa 250 usahawan industri asas tani melalui peningkatan kualiti produk, latihan, pensijilan, penjenamaan dan peluasan pasaran bagi meningkatkan pengeluaran serta pendapatan.

𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝟐𝟗 – Penganjuran Karnival Agro Johor 2027 (𝐑𝐌𝟓𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎)

Mempromosikan produk usahawan tani serta memperkenalkan teknologi dan inovasi pertanian kepada masyarakat.
Kesemua inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuh ekosistem pertanian yang lebih moden, produktif dan berdaya saing, di samping membuka lebih banyak peluang kepada petani, usahawan tani serta generasi muda untuk terus menceburi sektor agromakanan.
Jabatan Pertanian Negeri Johor menyambut baik usaha ini sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian negeri ke arah pengeluaran makanan yang lebih mampan, peningkatan pendapatan pengusaha serta pengukuhan keterjaminan bekalan makanan untuk Bangsa Johor.
𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐌𝐚𝐣𝐮, 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚
![]()
