PONTIAN – Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah melaksanakan lawatan khidmat nasihat kepada pengusaha tanaman, Encik Nor Mahyudin bin Marimin di Kampung Parit Baru, yang mengusahakan tanaman timun dan peria.

Lawatan tersebut melibatkan Haji Razali bin Marsom daripada Bahagian Operasi serta Mohamad Shafiq bin Md Mashuri, Agen Pengembangan Tanaman bagi Mukim Ayer Baloi dan Api-Api.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan pertanian bagi mendekati pengusaha serta menyediakan khidmat nasihat berkaitan aktiviti tanaman yang diusahakan.

Melalui lawatan seperti ini, hubungan antara Jabatan Pertanian dengan pengusaha dapat diperkukuh, di samping memastikan pengusaha mendapat sokongan dan bimbingan yang bersesuaian dalam mengusahakan tanaman mereka.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *