2 JULAI 2026 — Pejabat Pertanian Parit Raja telah menganjurkan Kursus Kalibrasi dan Penggunaan Racun Perosak Secara Berhemah yang dihadiri oleh seramai 15 orang peserta. Kursus ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan kemahiran teknikal para peserta mengenai kaedah penggunaan racun perosak secara selamat, berkesan, dan mesra alam.
Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Encik Idy Suzaimy bin Ismail daripada Unit Kawalan Racun Perosak dan Baja Negeri Johor. Pendedahan yang diberikan merangkumi teknik kalibrasi alat semburan yang tepat bagi memastikan kadar penggunaan racun berada pada tahap yang betul dan selamat.
Turut menjayakan program ini ialah:
- Encik Mohd Azka bin Jamin (Penolong Pegawai Pertanian Pengembangan G6)
- Puan Khairunnisa binti Abdul Zubir (Penolong Pegawai Pertanian G5)
- Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
Penganjuran kursus seperti ini diharapkan dapat memberi pendedahan berguna kepada para peserta untuk mengamalkan pengurusan perosak yang berhemah, sekali gus menjamin keselamatan makanan serta kelestarian alam sekitar.



![]()
