šŠš”š‹š€šˆ – šš„š‰š€šš€š“ šš„š‘š“š€ššˆš€š šƒš€š„š‘š€š‡ šŠš”š‹š€šˆ

šŠš”š‘š’š”š’ šš€šš†šŠš€š’š€š šƒš”š‘šˆš€š

šŸ“ š—Ÿš—¼š—øš—®š˜€š—¶: Bandar Putra, Kulai

šŸ‘Øā€šŸŒ¾ š—”š—®š—ŗš—® š—£š—²š˜š—®š—»š—¶: Lim Chiong Gar

🌱 š—§š—®š—»š—®š—ŗš—®š—»: Durian, Manggis dan Ciku

šŸ“ š—Ÿš˜‚š—®š˜€ š—£š—æš—¼š—·š—²š—ø: 3 hektar

Kursus Pangkasan Durian telah diadakan di kebun milik Encik Lim Chiong Gar dengan bimbingan Hj. Mazlan bin Mohamed Salleh, Pegawai Pertanian Daerah Kulai.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan secara praktikal kepada peserta mengenai teknik pangkasan pokok durian yang betul bagi memastikan pertumbuhan pokok lebih sihat, seimbang dan produktif.

Antara tujuan dan kelebihan kerja pengkasan ialah:

āœ… Membentuk kanopi pokok yang kemas dan seimbang.

āœ… Membuang dahan yang mati, rosak, berpenyakit atau bersilang.

āœ… Meningkatkan pengudaraan dan penembusan cahaya matahari ke dalam kanopi pokok.

āœ… Mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak.

āœ… Menggalakkan pertumbuhan pucuk baharu yang lebih sihat.

āœ… Meningkatkan kualiti serta hasil pengeluaran buah.

āœ… Memudahkan kerja penyelenggaraan, pembajaan, kawalan perosak dan penuaian hasil.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus ini dapat diaplikasikan oleh para peserta bagi meningkatkan produktiviti kebun serta menghasilkan tanaman durian yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *