𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 – 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍

📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: Bandar Putra, Kulai

👨‍🌾 𝗡𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗶: Lim Chiong Gar

🌱 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻: Durian, Manggis dan Ciku

📏 𝗟𝘂𝗮𝘀 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸: 3 hektar

Kursus Pangkasan Durian telah diadakan di kebun milik Encik Lim Chiong Gar dengan bimbingan Hj. Mazlan bin Mohamed Salleh, Pegawai Pertanian Daerah Kulai.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan secara praktikal kepada peserta mengenai teknik pangkasan pokok durian yang betul bagi memastikan pertumbuhan pokok lebih sihat, seimbang dan produktif.

Antara tujuan dan kelebihan kerja pengkasan ialah:

✅ Membentuk kanopi pokok yang kemas dan seimbang.

✅ Membuang dahan yang mati, rosak, berpenyakit atau bersilang.

✅ Meningkatkan pengudaraan dan penembusan cahaya matahari ke dalam kanopi pokok.

✅ Mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak.

✅ Menggalakkan pertumbuhan pucuk baharu yang lebih sihat.

✅ Meningkatkan kualiti serta hasil pengeluaran buah.

✅ Memudahkan kerja penyelenggaraan, pembajaan, kawalan perosak dan penuaian hasil.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus ini dapat diaplikasikan oleh para peserta bagi meningkatkan produktiviti kebun serta menghasilkan tanaman durian yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *