𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢 – 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢
𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐍𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐈
𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 telah menganjurkan Program Promosi Teknologi Natural Farming bersama 𝟮𝟬 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 daripada Komuniti Taman Sri Pulai bagi memperkenalkan amalan pertanian yang lebih lestari, mesra alam dan menjimatkan kos.
𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟭: 𝗕𝗶𝗼𝗰𝗵𝗮𝗿 & 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗖𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻
Disampaikan oleh 𝗘𝗻. 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗡𝗮𝗾𝗶𝗯 𝗕𝗶𝗻 𝗔𝗿𝘀𝗮𝗱, APT Mukim Bukit Batu.
Peserta didedahkan mengenai biochar, iaitu arang karbon yang dihasilkan daripada bahan organik. Biochar berfungsi meningkatkan kesuburan tanah, mengekalkan kelembapan, memperbaiki struktur tanah serta membantu akar menyerap nutrien dengan lebih berkesan.
𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮: 𝗧𝗿𝗶𝗰𝗵𝗼𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮, 𝗕𝗮𝗰𝗶𝗹𝗹𝘂𝘀 & 𝗣𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗷𝗮 𝗢𝗿𝗴𝗮𝗻𝗶𝗸 𝗙𝗣𝗝
Disampaikan oleh 𝗣𝗻. 𝗦𝗮’𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗿𝗱𝗵𝗶𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗜𝘇𝗿𝗮’𝗮𝗶, APT Mukim Senai.
Perkongsian memberi fokus kepada penggunaan mikroorganisma berfaedah seperti 𝗧𝗿𝗶𝗰𝗵𝗼𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮 dan 𝗕𝗮𝗰𝗶𝗹𝗹𝘂𝘀 untuk mengurangkan penyakit tanaman, merangsang pertumbuhan akar dan meningkatkan kesihatan tanah. Peserta turut mempelajari penghasilan 𝗙𝗣𝗝 (𝗙𝗲𝗿𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗱 𝗣𝗹𝗮𝗻𝘁 𝗝𝘂𝗶𝗰𝗲), iaitu baja organik semula jadi yang membantu menyuburkan tanaman serta mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia.
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh komuniti dalam mengamalkan teknologi 𝗡𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗹 𝗙𝗮𝗿𝗺𝗶𝗻𝗴 ke arah pertanian yang lebih mampan, selamat dan produktif.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






















![]()
