PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
PEMERIKSAAN AUDIT LUAR PENSIJILAN myGAP
Pemeriksaan Audit Luar telah dilaksanakan di ladang milik En. Lau Lin Pin yang terletak di Mukim 3B bagi tujuan penilaian pematuhan terhadap keperluan pensijilan Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP).
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh pegawai auditor, Pn. Nor Azah binti Mislan dan En. Mohd Hafizul bin Husin, dengan kerjasama Muhamad Nur Syazwan bin Yosri sebagai APT. Audit ini bertujuan memastikan amalan pertanian yang dilaksanakan memenuhi piawaian yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan makanan, kelestarian alam sekitar serta kualiti hasil pertanian.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
myGAP myOrganic Sektor Tanaman




