PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
PEMERIKSAAN AUDIT LUAR PERMOHONAN BAHARU PENSIJILAN myGAP TAHUN 2026
Tarikh: 8 Jun 2026
Lokasi: Mukim Seri Menanti
Pengusaha: En. Sulaiman Kaiat
Tanaman: Kelapa
Pemeriksaan Audit Luar bagi Permohonan Baharu Pensijilan Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP) Tahun 2026 telah dilaksanakan di ladang tanaman kelapa milik En. Sulaiman Kaiat yang terletak di Mukim Seri Menanti.
Audit tersebut telah dijalankan oleh Puan Nor Azah Binti Mislan dan En. Nor Mohd Fuad Bin Satibi bagi menilai tahap pematuhan pengusaha terhadap syarat, kriteria dan standard yang ditetapkan di bawah Skim Pensijilan myGAP.
Turut hadir dalam sesi audit ini ialah Desk Officer Pengembangan Muar, En. Amirul Izzat Bin Sanit serta En. Muhamad Syahir Bin Mohd Superi, Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Seri Menanti yang bertanggungjawab menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti pengembangan di kawasan berkenaan.
Pelaksanaan audit ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian bagi memastikan amalan pertanian yang diamalkan memenuhi keperluan pensijilan myGAP, khususnya dalam aspek pengurusan ladang, kebolehkesanan, penggunaan input pertanian, pengendalian hasil, keselamatan makanan, kebajikan pekerja serta pemeliharaan alam sekitar.
Adalah diharapkan agar proses audit ini dapat memperkukuh pengamalan Amalan Pertanian Baik (APB) dalam kalangan pengusaha, seterusnya menyokong pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti, selamat dimakan dan memenuhi kehendak pasaran, selaras dengan objektif pensijilan myGAP dalam memperkasakan sektor pertanian negara yang mampan dan berdaya saing.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
myGAP myOrganic Sektor Tanaman



