πππ πΌπ½πΌπ πππππΌπππΌπ πΏπΌπππΌπ πππΌπ
Jabatan Pertanian Negeri Johor telah melaksanakan lawatan siasatan bagi menilai permohonan Projek Pembangunan Industri Asas Tani (IAT) Tahun 2026. Tujuan lawatan ini adalah untuk menilai kesesuaian lokasi, keupayaan pengusaha, kemudahan infrastruktur serta potensi projek yang dicadangkan.
Hasil penilaian daripada lawatan ini akan dijadikan asas dalam pertimbangan kelulusan dan pelaksanaan projek IAT Tahun 2026, sejajar dengan usaha jabatan memperkukuh sektor agro-makanan serta memperkasa ekonomi luar bandar.
Jabatan Pertanian Negeri Johor komited untuk terus menyokong dan membimbing usahawan tani ke arah pembangunan industri asas tani yang berdaya saing, mampan dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Usahawan : Nurindah binti Samat
Lokasi : Cafe Kaki Kopi
Produk : Pemprosesan Kopi
Pegawai Terlibat :
Pn Noorshella binti Mustafa
Ketua Bahagian Pembangunan Daerah Muar
Pn Suriyani binti Halif
Pegawai Penyiasat
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Pn Mimi Shazreen binti Mat Roh
APIAT Daerah Muar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor



